Saturday, 29 April 2017

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan. Nombor 19 & 21 Ramai Tidak Ambil Peduli


Tahukah anda Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru-baru ini telah mengemaskini senarai pelepasan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2016 semua individu warganegara/pemastautin Malaysia yang memenuhi syarat di laman web mereka?
Bagi anda yang masih belum menyerahkan borang taksiran cukai pendapatan 2016, pengetahuan mengenai 22 kategori pelepasan cukai pendapatan yang layak anda terima seperti berikut mungkin berguna sebelum anda mengisi borang anda:

Pelepasan 1: Individu dan saudara tanggungan

Kategori dan jumlah pelepasan ini tidak berubah dari tahun-tahun sebelumnya di mana ia setiap individu layak menerima jumlah pelepasan sebanyak RM9,000.

Pelepasan 2: Penjagaan ibu bapa

Sebelum ini, pelepasan hanya dibenarkan untuk perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibubapa yang mempunyai masalah kesihatan yang disahkan pengamal perubatan sahaja berjumlah RM5,000.
Pada tahun ini, terdapat penambahbaikan di mana pelepasan di atas dan jumlahnya masih sama tetapi terdapat sub kategori di mana , pelepasan juga diberikan bagi perbelanjaan menyara ibubapa meskipun mereka tidak mempunyai masalah kesihatan dan tidak tinggal bersama-sama. Jumlah pelepasan yang diberikan adalah RM1,500 bagi ibu (jika bapa telah tiada), RM1,500 bagi bapa (jika ibu telah tiada) atau RM3,000 bagi kedua-dua ibubapa (kedua-duanya masih ada).
Inisiatif ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada anak-anak yang mengambil berat berkenaan kebajikan ibubapa mereka dan sokongan kerajaan untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan.
Walaubagaimanapun, pelepasan ini ada syaratnya iaitu ibu dan bapa masing-masing tidak berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan dan berumur 60 tahun ke atas.

Pelepasan 3: Peralatan sokongan khas

Pelepasan khas bagi individu kelainan upaya (OKU) atau untuk suami/isteri, anak atau ibubapa kelainan upaya, pelepasan terhad kepada RM6,000 diberikan bagi perolehan atau perbelanjaan peralatan sokongan khas.

Pelepasan 4: Individu kelainan upaya (OKU)

Bagi individu OKU, mereka mendapat pelepasan tambahan sebanyak RM6,000 selain daripada pelepasan individu di atas (#1)

Pelepasan 5: Yuran pendidikan sendiri

Bagi mereka yang sedang melanjutkan pelajaran, berhak untuk menuntut pelepasan yuran pendidikan sendiri terhad kepada RM7,000 berbanding hanya RM5,000 sebelum ini.
Namun, untuk peringkat Sijil, Diploma atau Sarjana Muda, kursus yang layak dihadkan kepada Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi sahaja.
Bagi peringkat Sarjana dan PhD pula, sebarang bidang atau kursus pengajian adalah layak menuntut pelepasan ini.
Bagi yang menerima biasiswa bagi pengajian yang sedang diikuti adalah tidak layak menuntut pelepasan ini.

Pelepasan 6: Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati

Bagi meringankan beban individu yang mengeluarkan perbelanjaan bagi rawatan penyakit kritikal sama ada melibatkan diri-sendiri, pasangan atau anak, pelepasan diberikan sebanyak RM6,000.
Antara penyakit kritikal yang dibenarkan pelepasan adalah kanser, serangan jantung, pulmonary hypertension, sakit buah pinggang kronik, sakit hati (liver/hepatic) kronik, fulminant viral hepatitis, tumor & kecacatan pembuluh darah di otak, melepuh & melecur kebakaran yang keterlaluan, pemindahan organ utama, sindrom Parkinson, HIV & AIDS, pemotongan kaki/tangan, kecederaan kepala akibat kemalangan, penyakit kulit kronik, penyakit mental, diabetes mellitus, talasemia major, rheumatology dan leukemia.

Pelepasan 7: Pemeriksaan perubatan penuh

Bagi pemeriksaan perubatan penuh untuk diri-sendiri, pasangan atau anak, pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM500 diberikan.

Pelepasan 8: Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan

Pelepasan sebanyak RM1,000 diberikan bagi perbelanjaan melibatkan pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan sama ada secara hardcopy atau elektronik.
Perbelanjaan bagi pembelian surat khabar dan bahan bacaan terlarang adalah tidak dibenarkan untuk pelepasan ini.

Pelepasan 9: Pembelian komputer peribadi untuk individu

Pelepasan terhad kepada RM3,000 ini layak untuk pembelian komputer meja (desktop), komputer riba (laptop), notebook dan ultrabook, dan tidak layak untuk pembelian tablet, telefon pintar dan komputer hybrid.
Namun begitu, pelepasan ini dibenarkan untuk setiap 3 tahun sekali sahaja, maksudnya jika pernah menuntut pada tahun 2015 atau 2014, maka tidak layak untuk tahun 2016.
Dan jika tuntut pada tahun 2016, maka tidak layak untuk tuntut pada tahun 2017 atau 2018 kelak.

Pelepasan 10: Tabungan bersih dalam skim SSPN

Pelepasan ini melibatkan tabungan bersih dalam skim SSPN, sama ada akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus.
Tabungan bersih adalah berdasarkan jumlah simpanan sepanjang 2016 tolak jumlah pengeluaran sepanjang 2016 (tabungan bersih = jumlah simpanan – jumlah pengeluaran).
Jumlah pelepasan cukai pendapatan 2016 bagi tabungan bersih dalam SSPN dihadkan kepada RM6,000.

Pelepasan 11: Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan

Perbelanjaan bagi pembelian peralatan sukan adalah diberi pelepasan cukai pendapatan sehingga RM300.
Aktiviti sukan yang dibenarkan adalah yang tersenarai di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 sahaja; terdapat lebih kurang 39 aktiviti sukan yang tersenarai di bawah akta (boleh lihat senarai lengkap dengan muat turun di sini www.kbs.gov.my/my/akta-pekeliling/akta.html
Harus diingatkan pembelian pakaian sukan dan kasut sukan adalah tidak layak untuk pelepasan ini.

Pelepasan 12: Faedah pembelian rumah

Pelepasan cukai pendapatan bagi faedah pembelian rumah adalah terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.

Pelepasan 13: Bayaran kepada pasangan / bayaran alimoni kepada isteri

Bayaran alimoni merujuk kepada bayaran nafkah yang diberikan kepada bekas isteri sepertimana yang ditetapkan mahkamah.
Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, pelepasan cukai pendapatan 2016 bagi jenis ini ditingkatkan kepada RM4,000 berbanding RM3,000 sebelum ini. Jadi, jika anda mempunyai pasangan (suami/isteri) yang tidak mempunyai pendapatan, boleh menuntut pelepasan ini.

Pelepasan 14: Suami/isteri kelainan upaya

Jika mempunyai dan menjaga suami/isteri kurang upaya, maka diberikan keistimewaan menuntut pelepasan tambahan sebanyak RM3,500

Pelepasan 15: Anak di bawah umur 18 tahun

Terdapat peningkatan dalam jumlah yang layak dituntut untuk kategori ini.
Jika mempunyai anak di bawah umur 18 tahun dan belum berkahwin, maka layak menuntut pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM2,000 atas seorang anak.
Tiada had bilangan anak; jika punyai 10 orang anak berumur bawah 18 tahun dan belum berkahwin, maka boleh tuntut atas kesemua mereka.
Namun begitu, jika suami dan isteri isi e-Filing secara berasingan melalui taksiran individu (bukan taksiran bersama), maka setiap seorang layak menuntut RM 1,000 sahaja atas seorang anak (kelayakan 50% dalam e-Filing)

Pelepasan 16 & 17: Anak berumur 18 tahun ke atas

Bagi kategori ini, jumlah pelepasan cukai pendapatan 2016 turut ditingkatkan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Jika mempunyai anak berumur 18 tahun ke atas yang belum berkahwin dan sedang menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah), maka layak menuntut pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM2,000 seorang.
Jika mempunyai anak berumur 18 tahun ke atas yang belum berkahwin dan sedang mengikuti pengajian peringkat diploma atau ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (bagi institusi pengajian tinggi luar Malaysia, kursus ijazah atau ke atas sahaja), maka layak menuntut pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM8,000 seorang.
Pelepasan ini hanya terpakai bagi kursus dan institusi pengajian tinggi yang diiktiraf pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan sahaja.
Peraturan kelayakan 50% turut terpakai bagi kategori ini jika suami dan isteri membuat taksiran individu/berasingan.

Pelepasan 18: Anak kelainan upaya

Untuk setiap anak kandung kelainan upaya yang dijaga, layak untuk menuntut pelepasan sebanyak RM6,000 seorang.
Bagi anak kelainan upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan, maka layak menuntut pelepasan tambahan lagi sebanyak RM8,000.
Ini bermakna, sekiranya anak kelainan upaya ini melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, jumlah pelepasan cukai yang boleh dituntut secara keseluruhannya adalah sebanyak RM14,000.
Peraturan kelayakan 50% turut terpakai bagi kategori ini jika suami dan isteri membuat taksiran individu/berasingan.

Pelepasan 19: Insuran/takaful nyawa dan caruman KWSP

Untuk jumlah campuran antara bayaran caruman insuran/takaful nyawa dan KWSP (caruman dari bahagian sendiri), jumlah pelepasan adalah dihadkan kepada RM6,000.
Maksudnya, andaikata anda membayar caruman takaful nyawa sebanyak RM3,000 setahun dan KWSP sebanyak RM5,000 setahun, maka anda hanya layak menuntut pelepasan sebanyak RM6,000 sahaja.

Pelepasan 20: Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda

Jika ada menyimpan dengan Skim Persaraan Swasta (Private Retrement Scheme, PRS) atau mencarum Anuiti Tertunda (skim insurans/takaful persaraan), maka layak menuntut pelepasan cukai sehinggaRM 3,000.
Dengan syarat, skim yang disertai adalah diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Pelepasan 21: Insurans/takaful pendidikan dan perubatan

Bagi caruman sebarang skim insurans/takaful pendidikan atau perubatan, maka layak menuntut pelepasan cukai sehingga RM3,000.
Insurans/takaful kesihatan termasuklah manfaat yang melindungi risiko akibat penyakit kritikal dan juga kad perubatan (manfaat bayaran caj rawatan dan hospital)

Pelepasan 22: Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Ini merupakan kategori baru bagi pelepasan cukai pendapatan 2016.
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) layak mendapat pelepasan cukai sebanyak RM250.
Dimaklumkan juga  bahawa pembayar cukai yang pertama kali melaporkan pendapatan menyamai atau melebihi RM450,000 melalui hantaran borang secara e-Filing perlu hadir/menghubungi cawangan LHDNM yang berdekatan untuk membuat pengesahan pendapatan. Prosedur ini adalah untuk mengelakkan kemungkinan kesilapan memasukkan jumlah pendapatan oleh pembayar cukai.
Amat penting untuk mengetahui dan memahami setiap jenis pelepasan cukai pendapatan yang dibenarkan namun harus juga diingatkan, pastikan tuntut bagi pelepasan yang betul-betul layak dan sah sahaja. Pastikan juga anda menyimpan resit perbelanjaan dan dokumen yang betul bagi setiap pelepasan yang dituntut. Pihak LHDN berhak untuk membuat audit ke atas setiap borang taksiran yang dihantar dan meminta resit atau dokumen sah.
Pemilihan pelan perlindungan yang terbaik dan dapat melindungi kewangan anda dan keluarga anda juga sangat penting. Di AIA PUBLIC TAKAFUL, anda akan dapat melihat pelbagai jenis pelan perlindungan komprehensif mampu milik yang menyediakan pembayaran tunai  sekaligus bermula RM100,000 sehingga RM2,000,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal ( lumpuh ) untuk bekerja dengan sumbangan bulanan bermula serendah RM150 sahaja! jumlah pampasan akan meningkat pada tahun ke dua caruman anda. disamping anda dapat setiap tahun RM100,000 untuk kos rawatan anda dan USD 1 JUTA untuk rawatan kecemasan bawa pulang ke malaysia jika ditakdirkan anda sakit di luar negara ( setiap kejadian yang berlaku ) .  Bukan itu sahaja, ia juga 100% patuh syariah jadi anda tidak perlu ragu-ragu apabila membeli perlindungan diri dan keluarga anda.

untuk maklumat lanjut 
call/pm/whatsapp
010-9189803
sulaiman zainuddin

Friday, 28 April 2017

Kelebihan Bersedekah Menurut Islam



Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatnya untuk memperbanyakkan sedekah. sabda Rasulullah SAW, ''Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah.'' Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan, ''Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, 'Ya Tuhanku, karuniakanlah?ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerena Allah'. Yang satu lagi menyeru, 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya'.''

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah SWT. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat karana tidak ada keberkatan. Jadi, orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab, menginfakkan (belanjakan) harta untuk memperoleh keberkatan, dan sebalik menahannya adalah kecelaan/celaka. 

Sedekah memiliki beberapa keutamaan bagi orang yang mengamalkannya :


Sila ambil perhatian kepada points numbor 17 hingga 19

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT
2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia diantara semua perbuatan kebaikkan dan sedekah yang paling baik adalah memberi makan kepada orang
3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah membantu anda dari masuk ke api neraka jahanam
4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur
5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut
6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikkan
7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT
8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda
9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat
10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia didalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikkan kepada anda
11. Orang2 yang memberi sedekah adalah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat didalam melakukan kebaikkan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT
12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah
13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat
14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati
15. Sedekah mampu melepaskan anda dari kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah
16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan di tutup 70 pintu kecelakaan didunia
17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup
18. Sedekah adalah ubat
19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dasyat dan hina, kebakaran dan lemas
20. Sedekah adalah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2
dan yang terakhir sekali
Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan mesej yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah



Mengapa semua itu boleh terjadi? Sebab, Allah SWT mencintai orang-orang yang bersedekah. Jika Allah SWT sudah mencintai seorang hambanya, maka tidak ada persoalan yang tidak boleh diselesaikan, tidak ada permintaan dan doa yang Allah tidak kabulkan, serta tidak ada dosa yang Allah tidak ampunkan, dan hamba tersebut akan meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah (baik).

Kekuatan dan kekuasaan Allah jauh lebih besar dari persoalan yang dihadapi manusia. Demikian, kalau manfaat sedekah begitu dahsyat, masihkah kita tidak tergerak untuk mencintai sedekah? 

kadang-kadang kita merasa rugi untuk bersedekah, kerana apa ?? rasa ditipu oleh peminta sedekah, akan tetapi. banyak agensi2 yang dapat menolong kita menyalurkan wang sedekah kepada orang yang betul-betul memerlukan

seperti AIA PUBLIC TAKAFUL
kerana takaful berkonsep untuk menolong diri sendiri ketika sakit disamping membantu keluarga kita ketika kita meninggal dunia, takaful juga menggunakan sedikit pelaburan kita untuk membantu ( sedekah ) ahli-ahli yang mencarum takaful seperti :

1. Orang yang hilang upaya kekal untuk bekerja
2. membantu isteri yang kehilangan suami untuk membesarkan anak-anak.
3. membantu suami membesarkan anak yang mati isteri semasa melahirkan anak
4. membantu anak-anak menyelesaikan hutang ibu-bapa yang meninggal dunia
5. membantu meringankan beban anak-anak yang kehilangan ibu bapa untuk teruskan hidup seperti kanak-kanak yang lain yang  mempunyai orang tua.
6. membantu orang sakit yang tidak berupaya untuk membayar bil hospital
7. membantu memulihkan pesakit kritikal untuk sembuh kerana kos rawatan yang tinggi.

banyak dapat diungkapkan kerana setiap kejadian di luar jangkaan. untuk mengumpul wang dalam jumlah yang banyak dalam masa yang singkat amat sukar, tetapi dengan takaful anda mampu untuk sediakan wang kecemasan jika berlaku lumpuh kekal, kematian atau sakit yang mempunyai kos rawatan yang tinggi dalam masa yang singkat. siapa lagi yang ingin membantu diri kita jika bukan diri kita sendiri.

untuk maklumat lanjut
pm/whatsapp/call
010-9189803
sulaiman zainuddin
AIA Premier Life Planner

**quotation dan penerangan diberi secara percuma**

Thursday, 27 April 2017

TIGA Perkara Wajib Sebelum Melakukan Tahlil Arwah Yang Ramai Tidak Tahu

Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, ke40, ke 100, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazahab syafie telah mengahramkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjai tajuk perbincangan dalam tulisan ini. Sebagaimana fatwanya :
“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.
Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar yg berpegang kepada mazhab syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si mati adalah jiran, kerabat si mati atau orang yg datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:
“Aku suka kalau jiran si mati atau saudara mara si mati menyediakan makanan untuk keluarga si mati pada hari kematian dan malamnya sehingga menyenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”.
Rasionalnya semestinya keluarga si mati yang sedih akan pemergian si mati sukar untuk menyediakan makan (zaman sekarang sudah jadi suatu kewajipan) seakan seronok si mati itu mati,maka mereka meraikannya.
Fatwa Imam Syafie di atas adalah berdasarkan hadis sahih;
“Abdullah bin Ja’afar berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’afar, Nabi saw bersabda : Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’afar, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”. dihasankan oleh at-turmizi dan di sahihkan oleh al-hakim
Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si mati, terutama jika si mati termasuk keluarga yg miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak yatim hukumnya haram. 
Hukum tahlil arwah adalah harus kerana ia melibatkan perkara-perkara yang baik dan tidak di larang oleh syarak. Kalimah serta ayat-ayat yang dibacakan dalam tahlil adalah kalimah-kalimah yang baik dan bakal diberi ganjaran kepada pembacanya.
TIGA PERKARA WAJIB SEBELUM MELAKUKAN TAHLIL ARWAH IALAH :
1. SELESAIKAN HUTANG SI MATI
Ayat terpanjang di dalam Al-Quran merupakan ayat yang menerangkan tentang hutang. Ayat 282 surah al-Baqarah ini bermula dengan:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ada urusan hutang yang perlu diselesaikan pada tempoh masa tertentu, maka catatlah …
Ayat ini menunjukkan setiap hutang perlu dicatat. Kerana hutang bukan perkara main-main.
Dalam satu hadis, Nabi Muhammad S.A.W tidak mahu solatkan jenazah yang masih berhutang sehingga Sahabat bernama Abu Qatadah menjamin hutang tersebut.
Pernah didatangkan jenazah kepada Nabi saw untuk disolat, namun Baginda bersabda: “Solatlah untuk sahabat kalian. Sesungguhnya ia masih mempunyai hutang.”
Abu Qatadah lalu berkata, “Aku yang menjaminnya.”
Nabi saw bertanya lagi, “Dengan sempurna?”
Abu Qatadah menjawab, “Dengan sempurna.”
Dan hutang yang menjadi tanggungan jenazah itu adalah 18 atau 19 dirham.
(Hadis Sahih direkodkan oleh Imam Ibn Majah)
Justeru, pastikan orang yang rapat dengan kita khususnya pasangan tahu mengenai semua hutang-hutang kita. Siapa lagi yang dapat menguruskan hutang tersebut kalau bukan pasangan kita sendiri?
Maka sila pastikan catatan harta & hutang ini dibuat dengan baik dan sistematik. Seperti hutang rumah, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.

2. BAYAR FIDYAH SI MATI
Puasa Ramadhan itu wajib bagi setiap muslim yang baligh (dewasa), berakal, dalam keadaan sehat, dan dalam keadaan mukim (tidak melakukan safar/perjalanan jauh). Yang menunjukkan bahwa puasa Ramadhan adalah wajib yaitu firman Allah Ta’ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hal ini dapat dilihat pula pada pertanyaan seorang Arab Badui kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Orang badui ini datang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam keadaan berambut kusut, kemudian dia berkata kepada beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,”Beritahukan aku mengenai puasa yang Allah wajibkan padaku.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

شَهْرَ رَمَضَانَ ، إِلاَّ أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا

Dan kaum muslimin juga telah sepakat tentang wajibnya puasa ini dan sudah ma’lum minnad dini bidhoruroh yaitu seseorang akan kafir jika mengingkari wajibnya hal ini. Puasa ramadhan ini tidak gugur bagi orang yang telah dibebani syari’at kecuali apabila terdapat ‘udzur (halangan). Di antara ‘udzur sehingga mendapatkan keringanan dari agama ini untuk tidak berpuasa adalah orang yang sedang bepergian jauh (safar), sedang sakit, orang yang sudah berumur lanjut (tua renta) dan khusus bagi wanita apabila sedang dalam keadaan haidhnifas, hamil atau menyusui (Lihat Shohih Fiqh Sunnah, II/89, 118-127)


“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah [2] : 183) 

(Puasa yang wajib bagimu adalah) puasa Ramadhan. Jika engkau menghendaki untuk melakukan puasa sunnah (maka lakukanlah).” (HR. Bukhari) 


3. UPAH HAJI BAGI SI MATI

Badal ertinya "Ganti", "Pengganti", atau yang "Digantikan". Oleh itu Badal Haji adalah menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam. Seperti yang dimaksudkan dalam Surah Al-Imran ayat 97:  


Maksudnya : "Disana terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim,dan sesiapa yang memasuki nya amanlah dia.Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia, iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan ; dan sesiapa yang kafir (engkar) sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam."

Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 97 bermaksud: (Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk). 

Manakala sabda Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Islam itu dibina atas lima perkara: Kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa (pada bulan) Ramadan). (Riwayat Muttafaq Alaih).

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan keharusan mengerjakan haji untuk orang lain. Di antaranya

  1. Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Rasulullah s.a.w.: ''Ya!'' (Riwayat Bukhari dan Muslim). 
  2. Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Baginda: ''Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan." (Riwayat Bukhari). 




SEDIAKAN WANG SECUKUPNYA SEBELUM ANDA MENINGGAL DUNIA AGAR WARIS DAPAT MELAKSANAKAN KETIGA-TIGA PERKARA WAJIB SEBELUM YANG HARUS

WAJIB ;

  1. BAYAR HUTANG
  2. BAYAR FIDYAH
  3. LAKSANAKAN HAJI
HARUS ;
  1. TAHLIL ARWAH
ANDA RASA SUKAR UNTUK MENGUMPUL WANG YANG DALAM MASA YANG SINGKAT ??

KAMI DI AIA BERSEDIA MEMBANTU ANDA
DENGAN CARUMAN SERENDAH RM5 SEHARI/RM10 SEBULAN ANDA MAMPU UNTUK SEDIAKAN RM100,000 HIBAH KEPADA AHLI KELUARGA BAGI MENYELESAIKAN 3 PERKARA WAJIB KE ATAS DIRI ANDA. LEBIHAN WANG TERSEBUT BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENYARA KEHIDUPAN ANAK-ANAK ANDA.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT 
PM/CALL/WHATSAPP
010-9189803
SULAIMAN ZAINUDDIN






Saturday, 22 April 2017

Perbandingan Pelaburan ASB Berbanding Pelaburan FUND AIA Public Takaful



Ramai antara kita apabila sebut pelaburan hanya nampak satu pelaburan sahaja iaitu ASB.Kadang kadang untuk BumiPutera merasa bangga kerana kerajaan hanya benarkan BumiPutera sahaja untuk membuka buku pelaburan ASB.

Ada yang berfikir bagaimana selain bumiputera membuat simpanan dan gandakan simpanan mereka kerana kita sudah merasa banyak apabila setiap tahun kebiasaanya ASB akan membayar dalam 8 % atau 9 % hasil simpanan setahun kita dalam ASB.

Sebenarya selain bumiputera mereka tidak kisah walaupun mereka tidak boleh membuka ASB kerana kerajaan telah memberi peluang kepada semua rakyat malaysia untuk membuat pelaburan dalam saham dan ramai bumiputera yang takut untuk ceburi saham sedankan saham adalah pengerak ekonomi malaysia jika teruk keadaan saham maka teruklah ekonomi sesebuah negara.

​saya akan tunjukkan pendapatan pelaburan ASB dan pelaburan SAHAM/FUND.
Picture
Jika kita membuat pelaburan dalam ASB ia sangat mudah kerana kita tidak perlu fikir mengenai risiko duit yang kita laburkan akan berkurang dan pulangan biasanya kita sudah dapat jangka biasanya 8% atau 9%. 
Picture

katakan anda membuat simpanan di ASB :

Rm10 – sehari
Rm300 – sebulan ( Rm10Sehari x 30hari )
Rm3600 – setahun ( RM300sebulan x 12bulan )
Ø  Dividen 8%

Rm3600 X 8% = rm288 setahun

Ø  Jumlah simpanan tahun pertama di ASB RM3600 + RM288 =  3888.

Ø  Pada tahun ke 2 anda membuat tambahan simpanan sebanyak 3600.

Ø  Simpanan tahun pertama RM3888 + simpanan tahun kedua RM3600 = RM7488
·         Dividen 8%
·         Rm7488 x 8% = Rm599.04

Ø  Jumlah simpanan tahun kedua RM8087.04

Pada tahun ke tiga anda menambah simpanan RM3600 ke dalam akaun

Jumlah yang sedia ada RM8087.04 + RM3600 = RM11 687.04
Ø  Dividen 8%
Ø  RM11 687 x 8% = RM934.96

Jumlah simpanan pada tahun ke tiga anda RM12 621.96


Kesimpulannya yang anda dapat ialah
Rm3600 anda simpan setiap tahun X 3 = 10800

Jadi jumlah simpanan 3 tahun + dividen 8% = RM12621.96

RM12621.96 – SIMPANAN RM10 800 = RM1821.96

KEUNTUNGAN YANG ANDA DAPAT SELAMA 3 TAHUN ANDA MENYIMPAN ADALAH SEBANYAK RM1821.96


JOM KITA TENGOK SIMPANAN PELABURAN AIA PUBLIC TAKAFUL PULA :

Anda membuat simpanan
Rm10 sehari
Rm300 sebulan ( Rm10Sehari x 30hari)
Rm3600 setiap tahun ( RM300sebulan x 12bulan )

Anda akan dapat pegangan nilai dana sebanyak RM 150 000
Ø  Dividen 2% akan diberikan kepada anda mengikut nilai dana anda setiap 3 tahun sekali
Ø  RM150 000 x 2% = RM3000 SETIAP TIGA TAHUN SEKALI

KEUNTUNGAN BONUS JAMINAN yang ANDA DAPAT ialah RM 3000 dalam masa 3 TAHUN

DISAMPING ITU, DUIT SIMPANAN ANDA AKAN DIGUNAKAN UNTUK PELABURAN FUND DAN KEUNTUNGAN MENGIKUT NILAI JUALAN FUND SEMASA ANDA 







ANDA BERMINAT UNTUK PELABURAN AIA PUBLIC TAKAFUL?
CALL/PM/WHATSAPP
010-9189803
Sulaiman Zainuddin
fb page : Sulaiman aia takaful











ADAKAH PERLU KELUARKAN BATU KECIL TERSEPIT PADA TAYAR KERETA ?? JAWAPANNYA PASTI MEMBUATKAN RAMAI TERKEJUT !!!


Adakah anda perasan bahawa setiap kali selepas pemanduan, terdapat batu-batu kecil yang tersepit pada tayar kereta? 

Semasa melakukan penyelenggaraan kereta, kebanyakan orang tidak akan mempedulikan batu-batu kecil tersebut. Namun begitu, tahukah anda bahayanya apabila batu-batu kecil itu dibiarkan sahaja di dalam tayar kereta?

Seperti yang diketahui ramai, bunga pada tayar kereta memastikan bahawa kereta tidak tergelincir semasa hari hujan. Apabila terlalu banyak batu-batu kecil tersepit antara bunga tayar, suatu bunyi yang kurang menyenangkan akan terhasil. Akibatnya, cengkaman tayar menjadi lemah pada hari hujan atau salji sehingga kemungkinan kereta tergelincir di jalan raya amat tinggi.



Selain itu, batu2 kecil yang tajam itu boleh menembusi tayar menyebabkan tayar bocor malah merosakkan rangkaian wayar kumia di dalam tayar hinggalah tayar pancit. Keadaan ini amat berbahaya kerana kereta boleh gagal dikawal sehingga membawa kepada kemalangan jalan raya.

Sungguhpun kebanyakan batu kecil ini akan terkeluar sendiri apabila anda memandu namun masih ada yg tersepit di celah tayar justeru membahayakan nyawa pemandu dan penumpang. Oleh itu, sentiasa ingat untuk mengeluarkan batu2 kecil yang tersepit pada tayar demi keselamatan diri dan orang lain.

DEMIKIANLAH KENAPA ANDA PERLU KELUARKAN BATU-BATU KECIL PADA TAYAR KENDERAAN ANDA. SEBARKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA !!!!

Wednesday, 19 April 2017

ZAMAN DULU BELI TANAH SEBAGAI PERSEDIAAN DIMASA KECEMASAN TAPI KINI ANDA BOLEH...


Zaman dulu beli tanah sebagai persediaan dimasa kecemasan dalam kehidupan kerana :


  1. Nilai tanah yang murah
  2. Nilai harga tanah yang semakin naik, tidak pernah turun-turun. 
  3. Apabila ada pembangunan di kawasan berhampiran, nilai tanah itu akan mendadak naik (cara cepat jadi kaya).
  4. Jika ada tanah, maka boleh dibuat perusahaan yang memberikan pendapatan tambahan.
  5. Tanah menjadi perisai jika mengalami krisis kewangan (jika dijual, hasilnya bernilai beratus ribu ringgit. Jika kena buang kerja, boleh kembali ke tanah untuk mengusahakan pertanian).
  6. Jadi harta pusaka kepada anak-anak (jadi, adalah sedikit peninggalan harta untuk anak-anak jika kita 'pergi').
  7. Geran tanah boleh dipajakkan untuk membuat pinjaman bank. (cara mudah mendapatkan duit pinjaman tanpa penjamin)
  8. Tanah boleh disewakan. (dapat hasil sewaan, tambah lagi pendapatan bulanan.)
  9. Jika kawasan tanah kita nak dibangunkan menjadi kawasan perumahan, kita boleh berikan tanah kita kepada pemaju perumahan dan digantikan dengan beberapa bijik buah rumah sebagai tukaran. 
  10. Tanah adalah harta yang paling sukar dicuri atau hilang. Jika hilang geran pun, boleh buat permohonan untuk dapatkan geran asli daripada Pejabat Tanah.
Tapi desebabkan sakit yang berpanjangan dan isteri yang tidak bekerja menyebabkan ramai menjual tanah untuk tampung kos rawatan dan sara diri mereka. kenapa ramai yang menjual tanah semasa sakit atau berlaku kematian ??

  1. Kos untuk mengusahakan tanah terlalu tinggi untuk menjalankan sesuatu projek seperti perumahan, pertanian atau perindustrian menyebabkan tanah hanya ditebas dan ditanam pokok2 buah-buahan tempatan sahaja dan mendapat keuntungan setahun sekali.
  2. Mengambil masa yang lama untuk dituai, contoh tanam getah mengambil masa 5 hingga 7 tahun untuk ditoreh. jika sebelum 5 tahun sudah jatuh sakit (hilang upaya kekal untuk bekerja ) tanah perlu dijual untuk tampung kos rawatan disamping untuk sara diri dan keluarga tercinta.
  3. Walau tanah boleh dipajak, mampukah kita untuk membayar balik hutang tersebut jika kita meninggal terlebih dahulu sebelum hutang selesai ?? jawapannya tidak, tanah perlu dijual dan selesaikan hutang-hutang yang ada.
  4. Tanah boleh disewakan tapi amat sukar untuk mencari penyewa yang tetap kerana lokasi tanah berjauhan daripada bandar dan pekan.
  5. Tanah menjadi perebutan harta pusaka yang menyebabkan tanah terpaksa dijual dan dibahagikan duit tersebut kerana untuk memecah bahagian tanah kepada setiap waris perlu keluarkan modal yang besar. menjual tanah menjadi jalan pintas.
Membeli tanah sesuatu yang baik dapat menjamin kehidupan kita di masa kecemasan dengan menjual tanah tersebut. Tapi sanggupkah kita meninggalkan anak-anak dan isteri dengan ketiadaan tempat tinggal dan hidup meminta-minta ??

sedangkan dalam AL-QURAN sendiri menjelaskan : 


وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لِأَزْوَاجِهِمْ مَتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ ۚ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِي مَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ مِنْ مَعْرُوفٍ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"Dan Orang-orang yang (hampir) Mati Di Antara Kamu Serta Meninggalkan Isteri, Hendaklah Berwasiat Untuk Isteri-isterinya (iaitu) Diberi Nafkah (Makan, Pakai dan Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya, Dengan Tidak Disuruh Berpindah (Dari Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya. Kemudian Jika Mereka Keluar (Dari Tempat Tinggalnya Dengan Kehendaknya Sendiri) Maka Tidak Ada Dosa Bagimu (Wali atau Waris Dari yang Meninggal) Membiarkan Mereka Berbuat yang Makruf Terhadap Diri Mereka. Dan (Ingatlah), Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana."
Surah Al-Baqarah : Ayat 240

Rasulullah juga bersabda bahawa :

"Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan itu lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta" [Hadis riwayat Bukhari].

Takaful telah menyediakan kita peluang untuk kita tidak menjual apa yang ada dan melindungi segala usaha kita yang lepas agar tidak sia-sia, dengan menyediakan :

KOS PERUBATAN : takaful menyediakan kos perubatan kepada kita setiap tahun bermula RM 100,000 sehingga RM1,700,000 seumur hidup untuk kita pulih dari sakit, akan tetapi ramai tidak sedar dan mengatakan carum takaful membazir. Tapi sanggupkah anda menjual apa yang ada dan tiggalkan sisa2 jualan kepada isteri dan anak- tercinta ??


KOS SARA DIRI : jika berlaku lumpuh kekal/hilang upaya kekal/kematian bermula RM100,000 pada tahun pertama caruman akan diberikan kepada anda dan keluarga untuk menampung sara diri anda dan keluarga tercinta. Hibah pampasan akan meningkat bermula pada tahun ke 2 caruman anda jika duit simpanan anda tidak dikeluarga daripada tabung takaful



KOS PENGHANTARAN PULANG : takaful juga menyediakan kos penghantaran pulang jika anda berada di luar negara dan ditakdirkan anda sakit disana. Kos pemindahan dan penghantaran pulang perubatan kecemasan sebanyan 1 JUTA USD disediakan untuk anda setiap kejadian berlaku di luar negara.




PENGELUARAN DUIT SIMPANAN : duit simpanan anda dapat dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja yang anda perlukan bergantung pada nilai akaun simpanan anda. walau membuat pengeluaran duit simpanan kos jaminan RM100,000 tetap akan diberikan jika berlaku lumpuh kekal/hilang upaya kekal/kematian kepada diri anda.


Kesimpulannya :
Zaman dulu beli tanah untuk digunakan ketika sakit, tapi hari ini kita dapat membeli takaful untuk persediaan kita sakit kerana untuk membeli tanah memerlukan modal yang besar. satu lot tanah sekarang mencecah RM30K - RM70K mengikut lokasi tanah tersebut. akan tetapi dengan takaful, anda membuat caruman serendah RM5 sehari, RM150 sebulan, atau RM1800 setahun, anda sudah boleh dapat menikmati KOS PERUBATAN bermula RM100,000 setiap tahun seumur hidup, dapat menyediakan KOS SARA DIRI jika berlaku hilang upaya kekal/kematian bermula RM100,000 pada tahun pertama caruman dan meningkat pada tahun ke dua dan seterusnya, dan anda dapat tabung KOS PENGHANTARAN PULANG 1 juta USD jika berlaku sakit ketika berada di luar negara. Dan yang paling penting DUIT SIMPANAN dapat dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut jumlah dalam akaun simpanan.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
PM/WHATSAPP/CALL
010-9189803
SULAIMAN ZAINUDDIN
AIA PREMIER LIFE PLANNER