Al Baqarah Ayat 240
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لِأَزْوَاجِهِمْ مَتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ ۚ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِي مَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ مِنْ مَعْرُوفٍ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"Dan Orang-orang yang (hampir) Mati Di Antara Kamu Serta Meninggalkan Isteri, Hendaklah Berwasiat Untuk Isteri-isterinya (iaitu) Diberi Nafkah (Makan, Pakai dan Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya, Dengan Tidak Disuruh Berpindah (Dari Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya. Kemudian Jika Mereka Keluar (Dari Tempat Tinggalnya Dengan Kehendaknya Sendiri) Maka Tidak Ada Dosa Bagimu (Wali atau Waris Dari yang Meninggal) Membiarkan Mereka Berbuat yang Makruf Terhadap Diri Mereka. Dan (Ingatlah), Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana."
Surah Al-Baqarah : Ayat 240
TAKAFUL MENGIKUT TAFSIRAN SYARAK ialah dapat diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan"
Tujuan am Takaful ialah:
i) Menjaga kebajikan sosial
ii) Mewujudkan keharmonian sosial
iii) Sebagai saluran atau alat sosial di mana "The fortunate many compensate the unfortunate few"
i) Menjaga kebajikan sosial
ii) Mewujudkan keharmonian sosial
iii) Sebagai saluran atau alat sosial di mana "The fortunate many compensate the unfortunate few"
Untuk memudahkan kefahaman, cuba bandingkan sistem takaful dengan sistem khairat kematian, konsepnya sama, cuma Takaful merangkumi bidang yang lebih luas.
Banyak sekali dalil-dalil yang menjurus kepada perlunya sistem sebegini, antaranya [maksud]:
i)" Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan bekerjasama dalam dosa dan permusuhan" [ al-Maidah, ayat 2].
ii) "Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan itu lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta" [Hadis riwayat Bukhari].
iii) "Sesungguhnya orang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa manusia" [Riwayat Ibnu Majah].
iv) "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertakwa." Surah Al Baqarah: 180
TAKAFUL ditawarkan bukan kerana seseorang akan mati, tetapi kerana seseorang harus HIDUP. LEWAT HANYA SEMINIT, NYAWA TIDAK DAPAT DISELAMATKAN.
USAHA DULU, BERDOA DAN BARU BERTAWAKAL KEPADA ALLAH KERANA tawakal kepada Allah tidak bererti penyerahan diri secara pasif, sebaliknya harus disertai oleh usaha.
Kisah Pertama:
Suatu ketika Khalifah Umar bin al-Khattab menjumpai sekumpulan pemuda yang sedang melepak di pinggir jalan.
"Siapa kamu dan apa yang kamu lakukan di sini?" tanya Umar kehairanan.
"Kami adalah orang-orang yang bertawakal kepada Allah", Jawab kumpulan pemuda itu.
"Kamu berbohong. Kamu bukan orang yang bertawakal. Orang yang bertawakal ialah orang yang menanam benih kurma dan gandum," Jelas khalifah.
Kisah Kedua:
Pada waktu yang lain Khalifah Umar bin al-Khatab menghampiri beberapa orang yang selalu dilihat duduk di serambi masjid.
Umar bertanya, " Bagaimana kamu mencukupi keperluan hidup kamu? "
Mereka menjawab, "Kami ini orang yang bertawakal."
Umar menolak jawapan mereka seraya berkata, " Bukan, kamu ini tidak lain ialah orang yang berpeluk tubuh dan tidak mahu mencari rezeki. Kemudian kamu berdoa kepada Allah, ' Ya Allah, berikanlah aku rezeki.'. Sebab kamu mengetahui bahawa langit itu tidak pernah menurunkan hujan emas ataupun perak."
Sebagaimana kisah di atas, Umar menyuruh agar tidak hanya sekadar berdoa dan berserah kepada Allah S.W.T , namun harus disertai usaha, berikhtiar dan bekerja keras.
Kisah Ketiga :
“Telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang ditungganginya terlepas begitu sahaja di pintu masjid, tanpa ditambat terlebih dahulu. Dia bertanya, “Ya Rasulullah, apakah unta perlu saya tambat terlebih dahulu kemudian saya tawakal atau saya lepaskan saja begitu dan sesudah itu saya bertawakal?” Rasulullah menjawab, ” Tambatkan terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah kamu!” (hadis riwayat At-Tirmidzi)
KESIMPULANNYA TAKAFUL MERUPAKAN USAHA ANDA SEBELUM BERDOA DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH. USAHA AMAT PENTING UNTUK MENCAPAI SESUATU KETIKA SAKIT, JIKA TIADA USAHA KETIKA SIHAT, MACAM MANA KITA HENDAK BERUSAHA KETIKA SAKIT ??
CEGAH SEBELUM PARAH
No comments:
Post a Comment