Wednesday, 12 April 2017

CABARAN DAN DETIK CEMAS KETIKA PEMBINAAN MENARA BERKEMBAR PETRONAS ( KLCC )

7be9d7612a0f7947e61d09041996a573 214

Menara Berkembar Petronas. Sepasang menara yang sangat besar dan megah menguasai langit ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Menara yang sangat hebat ini mencapai 88 tingkat dengan ketinggian 450 meter, hampir setengah kilometer ketinggian. Membersihkan 16,000 tingkat di hanya satu menara mengambil masa selama seminggu. 10,000 orang tinggal dan bekerja di dalamanya. Sebuah kota di atas langit. 

petronas towers 2013 2
Dahulunya pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia, dan masih memegang rekod menara berkembar tertinggi di dunia, menara ini menempatkan ibu pejabat syarikat terbesar di Malaysia iaitu Petroliam Nasional (Petronas). Menara berkembar ini yang juga menempatkan shopping mall Suria KLCC bukan sahaja menjadi tumpuan warga tempatan, malah juga pelancong-pelancong luar. Bagi mereka yang kerap mengunjungi Suria KLCC sambil menikmati permandangan berlatar berlatarbelakangkan bangunan megah ini, pernahkan anda terfikir bagaimana bangunan setinggi dan se-gah ini mampu dibina?
tun mahathir
Namun, bagi setiap satu perkara hebat, ia juga dibayar dengan harga yang hebat. Menara ini adalah hasil buah fikiran mantan perdana menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang juga pemimpin tertinggi negara pada ketika itu. Ketika itu, tiada negara yang mampu untuk cuba bertanding dan mencabar Amerika Syarikat dari segi menara pencakar langit. Beliau bercita-cita untuk meletakkan Malaysia di persada dunia yang ketika itu adalah negara yang paling kurang dikenali di antara 5 negara di Asia Tenggara.
Pembinaan menara ini telah berjaya memberitahu dunia, bahawa Malaysia ketika itu, sudah mampu menjadi pesaing di kelompok depan negara berkembang. Bangunan agung melambangkan kuasa, kejayaan dan kepimpinan teknikal.
Pembinaan menara KLCC ini merupakan cabaran pembinaan yang luar biasa, di mana masalah yang mendatang tidak dijangka telah mengugut projek mega itu. Mereka membinanya di pusat kawasan monsun, tapak pembinaan bukan diperbuat daripada batu batan tetapi mendapan yang tidak stabil. Menara itu bukan bergantung kepada keluli ringan tetapi konkrit. Projek yang berisiko besar dengan jadual yang penuh cita-cita.
"Daripada lima negara Asia tenggara, Malaysia merupakan negara yang paling kurang dikenali. Jadi untuk memberitahu dunia bahawa kami di sini, kami perlukan sesuatu yang menakjubkan dan saya rasa menara tinggi boleh memberikan jawapan itu,"
- Tun Dr. Mahathir
Namun, melakukan sesuatu yang di luar batasan bermakna mengambil risiko yang sangat besar. Satu simbol kebanggaan nasional boleh bertukar kepada penghinaan nasional. 
cesar pelli
Pada tahun 1991, tapak padang lumba kuda Kuala Lumpur telah diambil alih tanahnya dan (akan) digantikan dengan pencakar langit lantas menukar wajah Kuala Lumpur di mata dunia. Namun ada syaratnya. Tun Mahathir mahukan ianya tinggi, dan juga perlu mencirikan Malaysia. Ia bukan tugas yang mudah kerana bidang arkitek tradisional Malaysia amat kurang kemampuannya ketika itu. Jadi, Cesar Pelli, arkitek terkenal dunia, dengan pengalaman hampir setengah abad mereka bentuk pencakar langit, telah dipilih untuk mereka bentuk projek ini. Namun, dia tahu ada perbezaan pada projek ini daripada projek-projek yang lain.
"Mereka mahukan bangunan Malaysia dan ia penting bagi mereka. Kami tanya mereka apa yang anda maksudkan dengan Malaysia? Dan mereka tidak dapat memberikan jawapan,"
- Cesar Pelli
Namun, beliau sudah tahu, apabila mereka menyebut Malaysia, apa yang mereka maksudkan adalah Islam sebagai agama rasmi dan seni Islamik adalah sesuatu yang patut ditonjolkan. Disebabkan peraturan Islam melarang penggunaan gambar manusia, ia menggunakan rekaan geometri seperti bulatan, atau tumbuhan dan huruf abjad jawi.
"Saya menelaah setiap buku seni Islam, setiap keluaran. Kami ada timbunan buku di sini," kata Cesar. Tapi bagaimana hendak tukarkan semuanya kepada sebuah pencakar langit? Cesar mendapat revolusi idea untuk mereka bentuk dua menara, dan menyambungkannya dengan sebuah jambatan di separuh bangunan untuk menjadi simbolik kepada Malaysia baru, sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelum ini. Lalu beliau pun terbang ke Malaysia untuk menunjukkan ideanya.
Mereka sukakan konsepnya, namun Tun Mahathir tidak rasa ia cukup untuk melambangkan Malaysia. Berkali-kali Cesar mengubah suai reka bentuknya, dan setiap kalinya, ia ditolak. Projek itu seolah-seolah telah gagal sebelum ia sempat dilakarkan.
Kemudian, muncul satu penemuan dari sumber yang memeranjatkan. Tun Mahathir sendiri yang mereka bentuknya.
pelan tapak
"Saya cuba membuat lakaran supaya memberikan input berunsur islam," kata beliau. Idea beliau adalah pelan lantai berdasarkan dua segi empat yang memanca. (interlocking). Dalam simbol islam, ia melambangkan tertib dan harmoni. Akhirnya Tun Mahathir gembira. Namun, ia tidak bagi Cesar Pelli, yang masih menghadapi masalah. Rekaan itu tidak dapat membekalkan ruang lantai yang diperlukan. Bagaimana dia boleh melaksanakan rancangannya dan memuaskan hati perdana menteri? 
Selepas 8 bulan yang sangat sukar, arkitek Cesar Pelli menghasilkan pelan yang memuaskan hati semua orang. Dia menghias pelan lantai dengan separuh bulatan pada penjuru, menambahkan ruang tanpa memusnahkan simbolisma. Mereka sudah ada reka bentuknya. Sekarang mereka perlu menukarnya menjadi kenyataan.
charlie thornton
Lelaki yang mengahadapi cabaran besar ini menggalas tugas ini adalah jurutera struktur Charlie Thronton, seorang pakar pencakar langit. Dia terlibat dari mula lagi, memastikan idea unik Cesar mampu dibina. 
Disebabkan belanjawan yang ketat, Malaysia hanya membenarkan 6 tahun pembinaan, walaupun ia perlukan sekurang-kurangnya 8 tahun. Untuk menumpukan fikiran mereka, sehari selepas tarikh akhir akan menyebabkan pembina rugi lebih daripada $700,000 USD, iaitu $3.5 juta USD seminggu.
kebanggan negara
Namun, projek ini sedikit luar biasa. Kontrak untuk menara kembar itu diberikan kepada dua syarikat pembinan yang berlainan. Tun Mahathir percaya persaingan akan memastikan pembinaan mengikut jadual. Tekanannya amat besar, untuk mengikut jadual yang ditetapkan, pembinaan terpaksa berjalan tanpa diganggu 24jam sehari, 7 hari seminggu. Satu beban kerja yang sangat memenatkan.
Dua lelaki dibawa terbang daripada Amerika Syarikat dan akan mengetuai pasukan pesaing itu, iaitu formen Bob Pratt mengetuai menara satu manakala pesaingnya ialah formen menara kedua, Jon Dunsford.
tapak dibina
Ketika baru hendak bermula, mereka mendapati mereka mengahadapi masalah besar sebelum baldi konkrit pertama dituang. Ada sesuatu yang tidak kena dengan tanahnya. Jurutera mendapati tiada tinjaun yang sepatutnya dilakukan ke atas tapak tersebut. Seluruh tapak itu terpaksa berhenti kerja. Ahli geologi mula mengorek ratusan lubang gerudi, mengeluarkan ribuan sampel. Mereka mencari batuan dasar, sesuatu yang keras untuk menyokong menara besar itu. Namun, keputusan kajian tersebut amatlah teruk.
"Kami mendapati tapak itu bukan saja berada dia atas batu kapur yang reput, tapi ia juga di pinggir tebing yang curam,"
- Bob Pratt
Terdapat batu kapur keras di sebalah tapak, tapi  sebelah lagi lebih lembut, batu rapuh. Jika ia dibina di situ, tanah itu akan menjadi tidak rata. Menara itu akan tenggelam atau lebih teruk, runtuh. Pasukan itu mungkin akan berakhir dengan menara condong malaysia. Seluruh projek berada dalam bahaya. Masa semakin suntuk smentara mereka mencari penyelesaian.
"Kami membuang semua permikiran lama dan kata kami mesti buat sesuatu yang berbeza di sini,"
- Charlie Thornton
perubahan lokasi
Charlie mencadangkan sesuatu yang sangat berani, iaitu mengalih seluruh bangunan 60 meter ke atas tanah yang lebih lebut. Ia kelihatan seperti idea yang gila, namun terdapat pemikiran dan sebab jelas di sebaliknya. Mereka merancang untuk memasukkan beberapa cerucuk yang besar 120 meter ke bawah tanah ke lapisan batu dalam kerak bumi. Kemudian mereka boleh membina bantuan dasar sendiri di atasnya. Bangunan itu akan didirikan di atas permuakan konkrit yang luas. 
Pada awal tahun 1993, akhirnya permbinaan bermula. Membina lantai asas merupakan satu tugas yang sangat besar. Jika konkrit itu mengering secara tidak rata, seluruh dasar akan retak dan boleh melemahkan kemampuan untuk menyoking bangunan gergasi di atasnya. Jadi mereka terpaksa untuk menuang semuanya sekali gus, bermakna menuangkan konkrit selama 52 jam tanpa henti.
Tiada siapa yang pernah menuang konkrit sebanyak ini dalam satu masa. Ia rekod dunia pertama yang dipecahkan oleh mernara petronas. Satu trak penuh setiap dua minit setengah. Ia akan menjadi bidur konkrit yang terbesar dalam sejarah Malaisya. Logistiknya memeningkan. Dan ketuanya adalah Charlie Chelliah. 
"Saya tidak pernah melakukan perkara seperti ini. Ia amat memeranjatkan kami sehingga ke tahap kecemasan,"
- Charlie Chelliah
Untuk 5 jam pertama, semuanya berjalan dengan lancar. Malangnya kemudian, hujan membasahi bumi Kuala Lumpur. Mereka menjangkakan hujan, tapi bukan hujan seperti ini. Ia adalah hujan tropika yang deras dan lebat. Konkrit akan menjadi terlalu basah. Nampaknya mereka akan terjatuh pada "lompat pagar" pertama. Halangan terkecil pada tingkat bawah akan bertukar menjadi masalah besar 450 meter ke atas. Jika mereka tidak melakukan sesuatu dengan cepat, asas itu akan musnah
hujan lebat
Pasukan itu mendapat satu idea yang dramatik. Mereka menutup seluruh tapak itu dengan kain kanvas, bersamaan dengan 56 khemah sarkas. Dengan bantuan payung terbesar di dunia, akhirnya asas dapat dibina dengan lancar dan selamat.
Tahun 1994 telah pun tiba, dan akhrinya, kedua-dua pasukan menara boleh memulakan perlumbaan. Bob Pratt di menara satu mula membina terlebih dahulu, sebulan lebih awal. Pembinaan di kedua-dua menara menghadapi masalah dari mula lagi. Jadual menetapkan setiap satu tingkat perlu dibina dalam masa 4 hari, tapi ketika itu ia mengambil masa 8 hari. 
mula dibina
Pasukan itu terpaska menggunakan cara pembinaan baru disebabkan masalah awal pada tanah yang menyebakan risiko pembinaan menjadi lebih tinggi. Tiada siapa pernah mencuba teknik ini untuk pencakar langit mega sebelum ini. Pencakar langit biasanya digantung pada rangka keluli yang dibina dari alang untuk menyokong berat bangunan. Ia amat kuat tapi juga boleh dibengkokkan, sesuatu yang diperlukan oleh bangunan tinggi.
Tetapi industri keluli Malaysia ketika itu tidak cukup besar dan meingimport akan memakan perbelanjaan yang banyak. Konkrit terpaksa digunakan. Ianya sesuatu yang tidak pernah dicuba pada skala sebesar ini, sesuatu teknologi yang tidak pernah diuji. 16 tiang konkrit yang dhubungkan dengan alang. Ia terpaksa menyokong berat 270,000 tan, tujuh setengah kali lebih berat daripada kapal Titanic. Konkrit biasa akan runtuh akibat beratnya. Mereka perlukan formula baru yang membolehkan konkrit yang boleh berfungsi sebagai keluli. Ia buka sahaja perlu kuat, malah bagi bangunan yang tinggi, ia mesti ada tahap kelenturan.
perlumbaan diteruskan
Mereka perlukan khidmat syarikat CTL, antara makmal pemeriksaan konkrit terbesar dunia. Menara Petronas perlu menampung tekanan setinggi 1406 kilogram per sentimeter persegi. Mereka menggunakan bahan asas iaitu batu kerikil, air dan simen. Namun gagal. Ujian demi ujian dilakukan, masih tetapi gagal. Pada percubaan kali terakhir menghasilkan konkrit itu, mereka menggunakan bahan canggih iaitu silika, yang mengurangkan gelembung udara dalam konkrit. Dan usaha itu membuahkan hasil. 
Selesai masalah konkrit ini, mereka memulakan perlumbaan mengejar masa. Membina setiap tingkat merupakan pengalaman yang menakutkan, lebih daripada 2,000 pekerja, bertan-tan konkrit dan peralatan berat, bergerak dalam kelarasan sempurna.
Ia merupakan proses yang kompleks. Membina tiang skokongan, letakkan lantai, bergerak ke paras berikutnya dan ulangi proses itu. Siap satu tingkat, bahagian luar pula dipasang pada kedudukannya, seperti menyusun "jigsaw puzzle" 88 tingkat bangunan yang amat besar. Ia amat kompleks namun semuanya nampak berjalan lancar.
permulaan binaan
Kemudian sejumlah konrit dihantar ke makmal untuk pemeriksaan rutin, dan ianya gagal. Konkrit yang dihantar untuk membina bangunan itu tidak cukup kuat. Ada orang yang tidak mengikut "resepi"nya. Jadi, persoalannya, adakah di antara konkrit yang bermasalah itu telah digunakan untuk membina Menara Petronas? Sekali lagi, kerja terpaksa dihentikan. Jika mereka teruskan dengan konkrit yang salah, ia mungkin akan membawa padah. Untuk tugasan ini, Krish Krisnaswami diberi tanggungjawab memastikan konkrit itu mengikut spesifikasi yang tepat. 
"Terdapat banya perseliihan faham dan perbalahan,"
- Krish Krisnaswami
Penyiasatan lanjut dilakukan, dan mujurlah konkrit bermasalah itu diletakkan di atas satu tingkat sahaja. Krish mengarahkan jurubina untuk merobohkannya dan mula sekali lagi. Jika konkrit bermasalah itu tidak dijumpai, akibatnya, menara itu mungkin akan runtuh. Kemudahan menguji ditingkatkan. Terdapat tiga lori konkrit di tapak pembinaan, dan setiap kelompok akan diuji sebelum dituang ke dalam menara. 
Bukan sahaja konkrit yang tidak betul melambatkan proses pembinaan, malah proses meletakkan lantai turut memberi masalah. Meletakkan lantai merupakan bahagian yang memakan masa dan tenaga kerja. Disebabkan lantai membantu menstabilkan seluruh bangunan, mereka tidak dapat membina tingkat seterusnya jika tingkat sebelumnya belum siap dibina.
pertengahan binaan
Pembinaan akhirnya kembali mengikut jadual. Menara satu Bob Pratt sudah mencapai tingkat 64, manakala menara dua di tingkat ke 60. Mereka berada pada ketinggian lebih 300 meter. kepenatan dan tekanan membawa kepada kesilapan.Walaupun dengan langkah keselamatan yang tinggi, ia merupakan ketinggian yang menggerunkan. Antara pekerja dengan tanah di bawah hanyalah aram-aram (scaffolding), topi dan tali keselamatan. Orang yang berpengalaman juga akn berasa takut.
Pertengahan 1995 tiba, hanya tinggal 18 bulan lagi. Kompleks itu mengandungi pejabat, pusat membeli belah, dan sebuah audtitorium dengan 800 tempat duduk. Dengan 10,000 orang menggunakan menara setiap hari, cabaran terbesar adalah membawa ke mana mereka hendak pergi. Lif mengambil ruang yang banyak, sesuatau yang menara ini tidak dapat menampung.
lif dua tingkat
Mereka memanggil syarikat lif, Otis, untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka mencuba lif berkelajuan tinggi tapi tidak dapat membuatnya bergerak pada kelajuan yang dikehendaki. Mereka masih memerlukan 4 kali ganda ruang yang ada. Akhirnya, mereka menggunakan apa yang dimiliki menara itu, iaitu ketinggian dan meletakkan dua lif di atas satu sama lain. Apabila orang masuk ke dalam menara, mereka memilih sama ada mereka akan naik ke tingkat genap atau ganijl. 58 lif berganda boleh digunakan di kedua-dua menara. Hanya 70 saat untuk sampai ke amana-mana satu tingkat. Idea yang menakjubkan.
hampir siap
Akhir tahun 1995, mereka berada di tingkat 70 dan 72. Mereka sudah hampir siap dan mengikut jadual. Namun, masalah menimpa lagi dan kali ini ianya berukuran 25 milimeter di menara satu. Perkara paling teruk telah berlaku, iaitu menara satu, ianya conodong selebar satu ibu jari. Jika menara satu teruskan pembinaan dengan cara yang sama, ia akan menjadi bertambah buruk. Bob Pratt sudah mati akal. Cuaca juga tidak memihak kepadanya, kerana hujan pada waktu tengahari, hampir setiap hari. Namun mereka berhati-hati membetulkan pembinaan, dan 16 tingkat seterusnya hanya condong sebanyak 2 milimeter. 
jambatan klcc
Idea pintar jambatan langir membolehkan orang dari satu menara boleh menyelamatkan diri mengikut menara yang satu lagi jika berlaku kecemasan. Ia mengurangkan keperluaan tangga. Namun ia merupakan sesuatu yang menakutkan bagi jurutera. Semua bangunan tinggi bergoyang apabila ditiup angin. Ia tidak bermasalah jika menara itu berdiri berasingan, tapi dengan jambatan di pasang di antara mereka, pergerakannya boleh mengundang bahaya. Mereka perlu memastikan bangunan itu bergoyang sedikit yang mungkin semasa ditiup angin. Terima kasih kepada konkrit yang berat membina menara ini, ia telah memberikan berat kepada menara yang boleh mengurangkan gegaran.
Idea untuk memasang galas besar dipasang pada jambatan tersebut membenarkan jambatan itu bergerak secara bebas apabila ditiup angin, dan juga akan mengekalkannya di tengah-tengah menara. Tanggungjawab untuk memasang jambatan tersebut diserahkan kepada menara dua, Rob Dunsford. Tun Mahathir dan seluruh dunia menyaksikan jambatan itu diangkat dan dipasang pada menara. Jon mahukan jambatan itu dicantumkan terlebih dahulu sebelum di angkat ke atas. Ia diangkat menggunakan 16 jek hidraulik. 20 jam pertama, ia perlu naik setinggi 170 meter. Selepas setiap angkutan, cuma 30 cm setiap sekali, kabelnya perlu diketatkan, dan jeknya dipasang semula. 
"Pagi itu, semua orang datang termasuk media. Semua orang sudah bersedia untuk melihat. Jek pertama naik sebanyak 300 milimeter. Kami (krew binaan) sangat gembira, tapi semura orang bertanya, bila awak nak bermula?,"
- Jon Dunsford
Dengan cuaca Kuala Lumpur yang panas, masalah timbul lagi. Langit menjadi gelap setiap hari apabila menjelang pukul 7 petang. Mereka dijadualkan untuk tamat pada jam 8 malam. Hujan turun. kilat sabung menyabung menyebabkan semua sistem kawalan tertutup, setiap lampu terpadam. Jambatan itu dibiarkan tergantung di atas udara. Juruletrik cuba membaiki sistem itu dengan cepat, dan akhirnya mereka sudah sedia. Ia sudah masuk ke hari kedua.
Ketika mereka sudah bersedia, kilat menyambar sekali lagi. cuaca tidak memihak kepada jambatan langit menara itu. 3 kali kren disambar ketika mereka berjuang dan 3 kali juga litar kawalan terbakar. 20 jam yang menakutkan bertukar menjadi 36 jam yang menggerunkan. Kejayaan begitu hampir, namun terasa seperti mustahil digapai. 
jambatan klcc siap
Akhirnya, cuaca menyerah kalah. Mereka berjaya mengangkat dan memasang jambatan itu pada ketinggian 170meter. Akhirnya, ada juga perkara yang berjalan lancar. Ia muat dengan sempurna. Mereka meraikannya dengan merasmikan jambatan itu sebagai orang pertama yang merentas antara dua menara berkembar petronas. Ketika itu, Menara Petronas menjadi bangunan paling tinggi selamat di dunia.
7be9d7612a0f7947e61d09041996a573
Disember 1995, akhirnya pembinaan tiba ke saat akhir. Namun, menyiapkan 88 tingkat menara itu bukanlah penghabisan cerita. Ia masih tidak mampu menandingi ketinggian Menara Sears, menara tertinggi ketika itu. Ada lagi satu perkara perlu diselesaikan sebelum meraih gelaran menara tertinggi, iaitu mercunya. Pengiraan rasmi termsauk ketinggian hujung menara. Mercunya diperbuat daripada 60 meter tiang keluli setinggi 15 tingkat yang mempunyai sebiji bola di hunjungnya. Kedua-dua mercu dihasilkan di luar negara iaitu satu daripada Jepun untuk menara satu, dan dari Korea selatan untuk menara dua.
mercu tanda
Untuk mencipta saat yang manis kepada orang awam, dua-dua mercu itu dirancang untuk dinaikkan bersama. Namun, menara dua telah melakukan sesuatu secara rahsia untuk sampai ke atas dahulu. Mereka telah memasang seluruh mercu di dalam menara tanpa pengetahuan menara satu. Akhirnya, mercu dipasang di menara kedua dan menjadikannya sebagai bangunan tertinggi di dunia.
"Bob, saya nak beritahu awak. sekarang pukul 3 pagi, dan menara kami lebih tinggi dari Menara Sears dan ini adalah bangunan yang tertinggi di dunia," Jon Dunsford membertihu Bob Pratt melalui telefon.
Menara satu menyambut penyiapan bahagian luarnya seminggu kemudian. Mereka berjaya menyiapkan pembinaan dalam masa yang ditetapkan, iaitu 6 tahun dan berbaki beberapa hari. Ianya satu pencapaian yang sangat hebat dan membanggakan. Dengan serta merta, Menara Petronas dan Malaysia menjadi terkenal di seluruh dunia.
Dan sehingga kini, Menara Berkembar Petronas telah menjadi kebanggan dan simbol kepada negara Malaysia dan seluruh kawasannya.


SUMBER : ILUMINASI


No comments:

Post a Comment