Bagi anda yang masih belum menyerahkan borang taksiran cukai pendapatan 2016, pengetahuan mengenai 22 kategori pelepasan cukai pendapatan yang layak anda terima seperti berikut mungkin berguna sebelum anda mengisi borang anda:
Pelepasan 1: Individu dan saudara tanggungan
Kategori dan jumlah pelepasan ini tidak berubah dari tahun-tahun sebelumnya di mana ia setiap individu layak menerima jumlah pelepasan sebanyak RM9,000.
Pelepasan 2: Penjagaan ibu bapa
Sebelum ini, pelepasan hanya dibenarkan untuk perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibubapa yang mempunyai masalah kesihatan yang disahkan pengamal perubatan sahaja berjumlah RM5,000.
Pada tahun ini, terdapat penambahbaikan di mana pelepasan di atas dan jumlahnya masih sama tetapi terdapat sub kategori di mana , pelepasan juga diberikan bagi perbelanjaan menyara ibubapa meskipun mereka tidak mempunyai masalah kesihatan dan tidak tinggal bersama-sama. Jumlah pelepasan yang diberikan adalah RM1,500 bagi ibu (jika bapa telah tiada), RM1,500 bagi bapa (jika ibu telah tiada) atau RM3,000 bagi kedua-dua ibubapa (kedua-duanya masih ada).
Inisiatif ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada anak-anak yang mengambil berat berkenaan kebajikan ibubapa mereka dan sokongan kerajaan untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan.
Walaubagaimanapun, pelepasan ini ada syaratnya iaitu ibu dan bapa masing-masing tidak berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan dan berumur 60 tahun ke atas.
Pelepasan 3: Peralatan sokongan khas
Pelepasan khas bagi individu kelainan upaya (OKU) atau untuk suami/isteri, anak atau ibubapa kelainan upaya, pelepasan terhad kepada RM6,000 diberikan bagi perolehan atau perbelanjaan peralatan sokongan khas.
Pelepasan 4: Individu kelainan upaya (OKU)
Bagi individu OKU, mereka mendapat pelepasan tambahan sebanyak RM6,000 selain daripada pelepasan individu di atas (#1)
Pelepasan 5: Yuran pendidikan sendiri
Bagi mereka yang sedang melanjutkan pelajaran, berhak untuk menuntut pelepasan yuran pendidikan sendiri terhad kepada RM7,000 berbanding hanya RM5,000 sebelum ini.
Namun, untuk peringkat Sijil, Diploma atau Sarjana Muda, kursus yang layak dihadkan kepada Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi sahaja.
Bagi peringkat Sarjana dan PhD pula, sebarang bidang atau kursus pengajian adalah layak menuntut pelepasan ini.
Bagi yang menerima biasiswa bagi pengajian yang sedang diikuti adalah tidak layak menuntut pelepasan ini.
Pelepasan 6: Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati
Bagi meringankan beban individu yang mengeluarkan perbelanjaan bagi rawatan penyakit kritikal sama ada melibatkan diri-sendiri, pasangan atau anak, pelepasan diberikan sebanyak RM6,000.
Antara penyakit kritikal yang dibenarkan pelepasan adalah kanser, serangan jantung, pulmonary hypertension, sakit buah pinggang kronik, sakit hati (liver/hepatic) kronik, fulminant viral hepatitis, tumor & kecacatan pembuluh darah di otak, melepuh & melecur kebakaran yang keterlaluan, pemindahan organ utama, sindrom Parkinson, HIV & AIDS, pemotongan kaki/tangan, kecederaan kepala akibat kemalangan, penyakit kulit kronik, penyakit mental, diabetes mellitus, talasemia major, rheumatology dan leukemia.
Pelepasan 7: Pemeriksaan perubatan penuh
Bagi pemeriksaan perubatan penuh untuk diri-sendiri, pasangan atau anak, pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM500 diberikan.
Pelepasan 8: Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
Pelepasan sebanyak RM1,000 diberikan bagi perbelanjaan melibatkan pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan sama ada secara hardcopy atau elektronik.
Perbelanjaan bagi pembelian surat khabar dan bahan bacaan terlarang adalah tidak dibenarkan untuk pelepasan ini.
Pelepasan 9: Pembelian komputer peribadi untuk individu
Pelepasan terhad kepada RM3,000 ini layak untuk pembelian komputer meja (desktop), komputer riba (laptop), notebook dan ultrabook, dan tidak layak untuk pembelian tablet, telefon pintar dan komputer hybrid.
Namun begitu, pelepasan ini dibenarkan untuk setiap 3 tahun sekali sahaja, maksudnya jika pernah menuntut pada tahun 2015 atau 2014, maka tidak layak untuk tahun 2016.
Dan jika tuntut pada tahun 2016, maka tidak layak untuk tuntut pada tahun 2017 atau 2018 kelak.
Pelepasan 10: Tabungan bersih dalam skim SSPN
Pelepasan ini melibatkan tabungan bersih dalam skim SSPN, sama ada akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus.
Tabungan bersih adalah berdasarkan jumlah simpanan sepanjang 2016 tolak jumlah pengeluaran sepanjang 2016 (tabungan bersih = jumlah simpanan – jumlah pengeluaran).
Jumlah pelepasan cukai pendapatan 2016 bagi tabungan bersih dalam SSPN dihadkan kepada RM6,000.
Pelepasan 11: Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan
Perbelanjaan bagi pembelian peralatan sukan adalah diberi pelepasan cukai pendapatan sehingga RM300.
Aktiviti sukan yang dibenarkan adalah yang tersenarai di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 sahaja; terdapat lebih kurang 39 aktiviti sukan yang tersenarai di bawah akta (boleh lihat senarai lengkap dengan muat turun di sini www.kbs.gov.my/my/akta-pekeliling/akta.html
Harus diingatkan pembelian pakaian sukan dan kasut sukan adalah tidak layak untuk pelepasan ini.
Pelepasan 12: Faedah pembelian rumah
Pelepasan cukai pendapatan bagi faedah pembelian rumah adalah terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Pelepasan 13: Bayaran kepada pasangan / bayaran alimoni kepada isteri
Bayaran alimoni merujuk kepada bayaran nafkah yang diberikan kepada bekas isteri sepertimana yang ditetapkan mahkamah.
Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, pelepasan cukai pendapatan 2016 bagi jenis ini ditingkatkan kepada RM4,000 berbanding RM3,000 sebelum ini. Jadi, jika anda mempunyai pasangan (suami/isteri) yang tidak mempunyai pendapatan, boleh menuntut pelepasan ini.
Pelepasan 14: Suami/isteri kelainan upaya
Jika mempunyai dan menjaga suami/isteri kurang upaya, maka diberikan keistimewaan menuntut pelepasan tambahan sebanyak RM3,500
Pelepasan 15: Anak di bawah umur 18 tahun
Terdapat peningkatan dalam jumlah yang layak dituntut untuk kategori ini.
Jika mempunyai anak di bawah umur 18 tahun dan belum berkahwin, maka layak menuntut pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM2,000 atas seorang anak.
Tiada had bilangan anak; jika punyai 10 orang anak berumur bawah 18 tahun dan belum berkahwin, maka boleh tuntut atas kesemua mereka.
Namun begitu, jika suami dan isteri isi e-Filing secara berasingan melalui taksiran individu (bukan taksiran bersama), maka setiap seorang layak menuntut RM 1,000 sahaja atas seorang anak (kelayakan 50% dalam e-Filing)
Pelepasan 16 & 17: Anak berumur 18 tahun ke atas
Bagi kategori ini, jumlah pelepasan cukai pendapatan 2016 turut ditingkatkan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Jika mempunyai anak berumur 18 tahun ke atas yang belum berkahwin dan sedang menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah), maka layak menuntut pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM2,000 seorang.
Jika mempunyai anak berumur 18 tahun ke atas yang belum berkahwin dan sedang mengikuti pengajian peringkat diploma atau ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (bagi institusi pengajian tinggi luar Malaysia, kursus ijazah atau ke atas sahaja), maka layak menuntut pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM8,000 seorang.
Pelepasan ini hanya terpakai bagi kursus dan institusi pengajian tinggi yang diiktiraf pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan sahaja.
Peraturan kelayakan 50% turut terpakai bagi kategori ini jika suami dan isteri membuat taksiran individu/berasingan.
Pelepasan 18: Anak kelainan upaya
Untuk setiap anak kandung kelainan upaya yang dijaga, layak untuk menuntut pelepasan sebanyak RM6,000 seorang.
Bagi anak kelainan upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan, maka layak menuntut pelepasan tambahan lagi sebanyak RM8,000.
Ini bermakna, sekiranya anak kelainan upaya ini melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, jumlah pelepasan cukai yang boleh dituntut secara keseluruhannya adalah sebanyak RM14,000.
Peraturan kelayakan 50% turut terpakai bagi kategori ini jika suami dan isteri membuat taksiran individu/berasingan.
Pelepasan 19: Insuran/takaful nyawa dan caruman KWSP
Untuk jumlah campuran antara bayaran caruman insuran/takaful nyawa dan KWSP (caruman dari bahagian sendiri), jumlah pelepasan adalah dihadkan kepada RM6,000.
Maksudnya, andaikata anda membayar caruman takaful nyawa sebanyak RM3,000 setahun dan KWSP sebanyak RM5,000 setahun, maka anda hanya layak menuntut pelepasan sebanyak RM6,000 sahaja.
Pelepasan 20: Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda
Jika ada menyimpan dengan Skim Persaraan Swasta (Private Retrement Scheme, PRS) atau mencarum Anuiti Tertunda (skim insurans/takaful persaraan), maka layak menuntut pelepasan cukai sehinggaRM 3,000.
Dengan syarat, skim yang disertai adalah diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Pelepasan 21: Insurans/takaful pendidikan dan perubatan
Bagi caruman sebarang skim insurans/takaful pendidikan atau perubatan, maka layak menuntut pelepasan cukai sehingga RM3,000.
Insurans/takaful kesihatan termasuklah manfaat yang melindungi risiko akibat penyakit kritikal dan juga kad perubatan (manfaat bayaran caj rawatan dan hospital)
Pelepasan 22: Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Ini merupakan kategori baru bagi pelepasan cukai pendapatan 2016.
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) layak mendapat pelepasan cukai sebanyak RM250.
Dimaklumkan juga bahawa pembayar cukai yang pertama kali melaporkan pendapatan menyamai atau melebihi RM450,000 melalui hantaran borang secara e-Filing perlu hadir/menghubungi cawangan LHDNM yang berdekatan untuk membuat pengesahan pendapatan. Prosedur ini adalah untuk mengelakkan kemungkinan kesilapan memasukkan jumlah pendapatan oleh pembayar cukai.
Amat penting untuk mengetahui dan memahami setiap jenis pelepasan cukai pendapatan yang dibenarkan namun harus juga diingatkan, pastikan tuntut bagi pelepasan yang betul-betul layak dan sah sahaja. Pastikan juga anda menyimpan resit perbelanjaan dan dokumen yang betul bagi setiap pelepasan yang dituntut. Pihak LHDN berhak untuk membuat audit ke atas setiap borang taksiran yang dihantar dan meminta resit atau dokumen sah.
Pemilihan pelan perlindungan yang terbaik dan dapat melindungi kewangan anda dan keluarga anda juga sangat penting. Di AIA PUBLIC TAKAFUL, anda akan dapat melihat pelbagai jenis pelan perlindungan komprehensif mampu milik yang menyediakan pembayaran tunai sekaligus bermula RM100,000 sehingga RM2,000,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal ( lumpuh ) untuk bekerja dengan sumbangan bulanan bermula serendah RM150 sahaja! jumlah pampasan akan meningkat pada tahun ke dua caruman anda. disamping anda dapat setiap tahun RM100,000 untuk kos rawatan anda dan USD 1 JUTA untuk rawatan kecemasan bawa pulang ke malaysia jika ditakdirkan anda sakit di luar negara ( setiap kejadian yang berlaku ) . Bukan itu sahaja, ia juga 100% patuh syariah jadi anda tidak perlu ragu-ragu apabila membeli perlindungan diri dan keluarga anda.
untuk maklumat lanjut
call/pm/whatsapp
010-9189803
sulaiman zainuddin
No comments:
Post a Comment