Wednesday, 19 April 2017

ZAMAN DULU BELI TANAH SEBAGAI PERSEDIAAN DIMASA KECEMASAN TAPI KINI ANDA BOLEH...


Zaman dulu beli tanah sebagai persediaan dimasa kecemasan dalam kehidupan kerana :


  1. Nilai tanah yang murah
  2. Nilai harga tanah yang semakin naik, tidak pernah turun-turun. 
  3. Apabila ada pembangunan di kawasan berhampiran, nilai tanah itu akan mendadak naik (cara cepat jadi kaya).
  4. Jika ada tanah, maka boleh dibuat perusahaan yang memberikan pendapatan tambahan.
  5. Tanah menjadi perisai jika mengalami krisis kewangan (jika dijual, hasilnya bernilai beratus ribu ringgit. Jika kena buang kerja, boleh kembali ke tanah untuk mengusahakan pertanian).
  6. Jadi harta pusaka kepada anak-anak (jadi, adalah sedikit peninggalan harta untuk anak-anak jika kita 'pergi').
  7. Geran tanah boleh dipajakkan untuk membuat pinjaman bank. (cara mudah mendapatkan duit pinjaman tanpa penjamin)
  8. Tanah boleh disewakan. (dapat hasil sewaan, tambah lagi pendapatan bulanan.)
  9. Jika kawasan tanah kita nak dibangunkan menjadi kawasan perumahan, kita boleh berikan tanah kita kepada pemaju perumahan dan digantikan dengan beberapa bijik buah rumah sebagai tukaran. 
  10. Tanah adalah harta yang paling sukar dicuri atau hilang. Jika hilang geran pun, boleh buat permohonan untuk dapatkan geran asli daripada Pejabat Tanah.
Tapi desebabkan sakit yang berpanjangan dan isteri yang tidak bekerja menyebabkan ramai menjual tanah untuk tampung kos rawatan dan sara diri mereka. kenapa ramai yang menjual tanah semasa sakit atau berlaku kematian ??

  1. Kos untuk mengusahakan tanah terlalu tinggi untuk menjalankan sesuatu projek seperti perumahan, pertanian atau perindustrian menyebabkan tanah hanya ditebas dan ditanam pokok2 buah-buahan tempatan sahaja dan mendapat keuntungan setahun sekali.
  2. Mengambil masa yang lama untuk dituai, contoh tanam getah mengambil masa 5 hingga 7 tahun untuk ditoreh. jika sebelum 5 tahun sudah jatuh sakit (hilang upaya kekal untuk bekerja ) tanah perlu dijual untuk tampung kos rawatan disamping untuk sara diri dan keluarga tercinta.
  3. Walau tanah boleh dipajak, mampukah kita untuk membayar balik hutang tersebut jika kita meninggal terlebih dahulu sebelum hutang selesai ?? jawapannya tidak, tanah perlu dijual dan selesaikan hutang-hutang yang ada.
  4. Tanah boleh disewakan tapi amat sukar untuk mencari penyewa yang tetap kerana lokasi tanah berjauhan daripada bandar dan pekan.
  5. Tanah menjadi perebutan harta pusaka yang menyebabkan tanah terpaksa dijual dan dibahagikan duit tersebut kerana untuk memecah bahagian tanah kepada setiap waris perlu keluarkan modal yang besar. menjual tanah menjadi jalan pintas.
Membeli tanah sesuatu yang baik dapat menjamin kehidupan kita di masa kecemasan dengan menjual tanah tersebut. Tapi sanggupkah kita meninggalkan anak-anak dan isteri dengan ketiadaan tempat tinggal dan hidup meminta-minta ??

sedangkan dalam AL-QURAN sendiri menjelaskan : 


وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لِأَزْوَاجِهِمْ مَتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ ۚ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِي مَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ مِنْ مَعْرُوفٍ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"Dan Orang-orang yang (hampir) Mati Di Antara Kamu Serta Meninggalkan Isteri, Hendaklah Berwasiat Untuk Isteri-isterinya (iaitu) Diberi Nafkah (Makan, Pakai dan Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya, Dengan Tidak Disuruh Berpindah (Dari Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya. Kemudian Jika Mereka Keluar (Dari Tempat Tinggalnya Dengan Kehendaknya Sendiri) Maka Tidak Ada Dosa Bagimu (Wali atau Waris Dari yang Meninggal) Membiarkan Mereka Berbuat yang Makruf Terhadap Diri Mereka. Dan (Ingatlah), Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana."
Surah Al-Baqarah : Ayat 240

Rasulullah juga bersabda bahawa :

"Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan itu lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta" [Hadis riwayat Bukhari].

Takaful telah menyediakan kita peluang untuk kita tidak menjual apa yang ada dan melindungi segala usaha kita yang lepas agar tidak sia-sia, dengan menyediakan :

KOS PERUBATAN : takaful menyediakan kos perubatan kepada kita setiap tahun bermula RM 100,000 sehingga RM1,700,000 seumur hidup untuk kita pulih dari sakit, akan tetapi ramai tidak sedar dan mengatakan carum takaful membazir. Tapi sanggupkah anda menjual apa yang ada dan tiggalkan sisa2 jualan kepada isteri dan anak- tercinta ??


KOS SARA DIRI : jika berlaku lumpuh kekal/hilang upaya kekal/kematian bermula RM100,000 pada tahun pertama caruman akan diberikan kepada anda dan keluarga untuk menampung sara diri anda dan keluarga tercinta. Hibah pampasan akan meningkat bermula pada tahun ke 2 caruman anda jika duit simpanan anda tidak dikeluarga daripada tabung takaful



KOS PENGHANTARAN PULANG : takaful juga menyediakan kos penghantaran pulang jika anda berada di luar negara dan ditakdirkan anda sakit disana. Kos pemindahan dan penghantaran pulang perubatan kecemasan sebanyan 1 JUTA USD disediakan untuk anda setiap kejadian berlaku di luar negara.




PENGELUARAN DUIT SIMPANAN : duit simpanan anda dapat dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja yang anda perlukan bergantung pada nilai akaun simpanan anda. walau membuat pengeluaran duit simpanan kos jaminan RM100,000 tetap akan diberikan jika berlaku lumpuh kekal/hilang upaya kekal/kematian kepada diri anda.


Kesimpulannya :
Zaman dulu beli tanah untuk digunakan ketika sakit, tapi hari ini kita dapat membeli takaful untuk persediaan kita sakit kerana untuk membeli tanah memerlukan modal yang besar. satu lot tanah sekarang mencecah RM30K - RM70K mengikut lokasi tanah tersebut. akan tetapi dengan takaful, anda membuat caruman serendah RM5 sehari, RM150 sebulan, atau RM1800 setahun, anda sudah boleh dapat menikmati KOS PERUBATAN bermula RM100,000 setiap tahun seumur hidup, dapat menyediakan KOS SARA DIRI jika berlaku hilang upaya kekal/kematian bermula RM100,000 pada tahun pertama caruman dan meningkat pada tahun ke dua dan seterusnya, dan anda dapat tabung KOS PENGHANTARAN PULANG 1 juta USD jika berlaku sakit ketika berada di luar negara. Dan yang paling penting DUIT SIMPANAN dapat dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut jumlah dalam akaun simpanan.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
PM/WHATSAPP/CALL
010-9189803
SULAIMAN ZAINUDDIN
AIA PREMIER LIFE PLANNER

No comments:

Post a Comment