Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, ke40, ke 100, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazahab syafie telah mengahramkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjai tajuk perbincangan dalam tulisan ini. Sebagaimana fatwanya :
“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.
Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar yg berpegang kepada mazhab syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si mati adalah jiran, kerabat si mati atau orang yg datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:
“Aku suka kalau jiran si mati atau saudara mara si mati menyediakan makanan untuk keluarga si mati pada hari kematian dan malamnya sehingga menyenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”.
Rasionalnya semestinya keluarga si mati yang sedih akan pemergian si mati sukar untuk menyediakan makan (zaman sekarang sudah jadi suatu kewajipan) seakan seronok si mati itu mati,maka mereka meraikannya.
Fatwa Imam Syafie di atas adalah berdasarkan hadis sahih;
“Abdullah bin Ja’afar berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’afar, Nabi saw bersabda : Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’afar, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”. dihasankan oleh at-turmizi dan di sahihkan oleh al-hakim
Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si mati, terutama jika si mati termasuk keluarga yg miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak yatim hukumnya haram.
Hukum tahlil arwah adalah harus kerana ia melibatkan perkara-perkara yang baik dan tidak di larang oleh syarak. Kalimah serta ayat-ayat yang dibacakan dalam tahlil adalah kalimah-kalimah yang baik dan bakal diberi ganjaran kepada pembacanya.
TIGA PERKARA WAJIB SEBELUM MELAKUKAN TAHLIL ARWAH IALAH :
1. SELESAIKAN HUTANG SI MATI
Ayat terpanjang di dalam Al-Quran merupakan ayat yang menerangkan tentang hutang. Ayat 282 surah al-Baqarah ini bermula dengan:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ada urusan hutang yang perlu diselesaikan pada tempoh masa tertentu, maka catatlah …
Ayat ini menunjukkan setiap hutang perlu dicatat. Kerana hutang bukan perkara main-main.
Dalam satu hadis, Nabi Muhammad S.A.W tidak mahu solatkan jenazah yang masih berhutang sehingga Sahabat bernama Abu Qatadah menjamin hutang tersebut.
Pernah didatangkan jenazah kepada Nabi saw untuk disolat, namun Baginda bersabda: “Solatlah untuk sahabat kalian. Sesungguhnya ia masih mempunyai hutang.”
Abu Qatadah lalu berkata, “Aku yang menjaminnya.”
Nabi saw bertanya lagi, “Dengan sempurna?”
Abu Qatadah menjawab, “Dengan sempurna.”
Dan hutang yang menjadi tanggungan jenazah itu adalah 18 atau 19 dirham.
(Hadis Sahih direkodkan oleh Imam Ibn Majah)
Justeru, pastikan orang yang rapat dengan kita khususnya pasangan tahu mengenai semua hutang-hutang kita. Siapa lagi yang dapat menguruskan hutang tersebut kalau bukan pasangan kita sendiri?
Maka sila pastikan catatan harta & hutang ini dibuat dengan baik dan sistematik. Seperti hutang rumah, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.
2. BAYAR FIDYAH SI MATI
Puasa Ramadhan itu wajib bagi setiap muslim yang baligh (dewasa), berakal, dalam keadaan sehat, dan dalam keadaan mukim (tidak melakukan safar/perjalanan jauh). Yang menunjukkan bahwa puasa Ramadhan adalah wajib yaitu firman Allah Ta’ala,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hal ini dapat dilihat pula pada pertanyaan seorang Arab Badui kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Orang badui ini datang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam keadaan berambut kusut, kemudian dia berkata kepada beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,”Beritahukan aku mengenai puasa yang Allah wajibkan padaku.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
شَهْرَ رَمَضَانَ ، إِلاَّ أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا
Dan kaum muslimin juga telah sepakat tentang wajibnya puasa ini dan sudah ma’lum minnad dini bidhoruroh yaitu seseorang akan kafir jika mengingkari wajibnya hal ini. Puasa ramadhan ini tidak gugur bagi orang yang telah dibebani syari’at kecuali apabila terdapat ‘udzur (halangan). Di antara ‘udzur sehingga mendapatkan keringanan dari agama ini untuk tidak berpuasa adalah orang yang sedang bepergian jauh (safar), sedang sakit, orang yang sudah berumur lanjut (tua renta) dan khusus bagi wanita apabila sedang dalam keadaan haidh, nifas, hamil atau menyusui (Lihat Shohih Fiqh Sunnah, II/89, 118-127)
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah [2] : 183)
”(Puasa yang wajib bagimu adalah) puasa Ramadhan. Jika engkau menghendaki untuk melakukan puasa sunnah (maka lakukanlah).” (HR. Bukhari)
3. UPAH HAJI BAGI SI MATI
Maksudnya : "Disana terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim,dan sesiapa yang memasuki nya amanlah dia.Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia, iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan ; dan sesiapa yang kafir (engkar) sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam."
Manakala sabda Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Islam itu dibina atas lima perkara: Kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa (pada bulan) Ramadan). (Riwayat Muttafaq Alaih).
Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan keharusan mengerjakan haji untuk orang lain. Di antaranya:
- Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Rasulullah s.a.w.: ''Ya!'' (Riwayat Bukhari dan Muslim).
- Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Baginda: ''Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan." (Riwayat Bukhari).
WAJIB ;
- BAYAR HUTANG
- BAYAR FIDYAH
- LAKSANAKAN HAJI
HARUS ;
- TAHLIL ARWAH
ANDA RASA SUKAR UNTUK MENGUMPUL WANG YANG DALAM MASA YANG SINGKAT ??
KAMI DI AIA BERSEDIA MEMBANTU ANDA
DENGAN CARUMAN SERENDAH RM5 SEHARI/RM10 SEBULAN ANDA MAMPU UNTUK SEDIAKAN RM100,000 HIBAH KEPADA AHLI KELUARGA BAGI MENYELESAIKAN 3 PERKARA WAJIB KE ATAS DIRI ANDA. LEBIHAN WANG TERSEBUT BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENYARA KEHIDUPAN ANAK-ANAK ANDA.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT
PM/CALL/WHATSAPP
010-9189803
SULAIMAN ZAINUDDIN
No comments:
Post a Comment