Friday, 14 April 2017

Jurupandu Kongsi Detik Cemas Ketika Pendaki Wanita Dijangkiti Bakteria Memakan Kulit





Anda pernah dengar tentang bakteria yang memakan kulit manusia? Bakteria ganas yang boleh memakan sebahagian daripada daging kaki anda. Haa mesti tak percaya kan…

Malah semua ini lebih menakutkan apabila bakteria bahaya ini boleh dijumpai di kawasan seperti tandas awam, pusat membeli belah dan juga di hutan serta gunung yang jauh daripada pencemaran kota.. Iye ke ni?
Melalui satu sesi temubual dengan akhbar KwongWah, Chua yang merupakan jurupandu pendaki gunung berpengalaman telah berkongsi detik paling cemas yang dilaluinya sepanjang 13 kali lawatan mendaki ke Gunung Tahan.
Kisah bermula apabila Chua bersama ahli kumpulannya memulakan pendakian selama lapan hari merentasi Gunung Tahan di Pahang.

Sumber: KwongWah

Pada hari kelima perjalanan, salah seorang wanita dalam kumpulannya itu demam akibat dijangkiti kuman. Ubat demam yang diambilnya tidak memberikan apa-apa kesan kepada wanita tersebut malah keadaannya menjadi makin teruk.
Hal ini menyebabkan Chua terpaksa berhenti dan berkhemah di situ supaya wanita berkenaan dapat berehat dengan secukupnya. Namun pada hari keenam perjalanan, kaki wanita tersebut mula membengkak dan berubah menjadi warna hitam. Uishhh!
Situasi juga bertambah getir apabila sumber makanan, minuman mahupun ubat-ubatan sukar didapati oleh kerana mereka berada di puncak gunung. Ah, kesiannya!

Inilah kali pertama salah seorang dari pendaki dijangkiti bakteria dan demam secara tiba-tiba. Memang aneh sekali,” katanya.
Chua akhirnya memutuskan supaya kumpulan mereka berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan yang masih sihat ahlinya dibenarkan untuk beredar dahulu manakala enam orang lagi ahli mengiringi wanita itu perlahan-lahan di belakangnya menuruni gunung tersebut.

Sumber: KwongWah

Selepas dua hari berjalan menggunakan tongkat, wanita itu tidak menunjukan perubahan malah keadaannya bertambah teruk. Pada saat itu, Chua tahu dia harus lakukan sesuatu demi untuk menyelamatkan wanita tersebut.
Menyedari telefon milik salah seorang ahli pendakian itu mendapat signal, Chua dengan segera menghubungi doktor untuk bertanyakan tentang penggunaan antibiotik yang mereka bawa bersama ketika ekspedisi pendakian itu.
Sejujurnya, kami memang dalam keadaan buntu pada ketika itu. Apa yang kami fikirkan hanyalah untuk menyelamatkan kaki dan nyawa wanita tersebut. Nasib baiklah telefon dari salah seorang ahli kami mendapat signal,” beritahu Chua.
Sebaik sahaja mereka keluar dari Gunung Tahan, wanita itu segera dibawa ke Hospital UKM. Syukurlah kakinya masih boleh diselamatkan dan tidak perlu potong. Walaupun begitu, doktor mengesahkan bahawa antibiotik yang diberikan kepada mangsa tidak membantu mengurangkan jangkitan kuman.
Ingin saya tegaskan, pendaki yang baru berjinak-jinak dalam hobi ini hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu berkenaan ubat-ubatan yang perlu mereka bawa dan gunakan kerana bimbang ia disalahgunakan,” katanya.

Gambar hiasan

Meskipun doktor tidak mampu mengesan bagaimana wanita tersebut dijangkiti kuman berbahaya seperti itu, namun ia disyaki berpunca dari luka kecil pada sebelah kiri kakinya yang dijangkiti ketika mangsa merentasi sebuah sungai.
Kalau nak ke hutan tu, pastikan segala ubat dibawa. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan!

sumber : lobak merah

setiap orang perlukan perlindungan diri & keluarganya untuk persediaan jika berlaku perkara luar jangkaan

page  : sztakaful " melindungi diri dan keluarga anda "

010-9189803

sztakaful " Make Your Life Better "

No comments:

Post a Comment