Anak yang degil memang betul-betul menguji kesabaran. Kadang-kadang kita jadi stres, sudahlah tak dengar kata kuat melawan pula tu. Dek kerana perangai anak yang tak makan saman ini, ada juga mak-mak yang menangis sebab geram.
Dah puas membebel dan marah, anak tak juga berubah. Ok kepada mak-mak di luar sana, jangan makan hati ye. Jangan sesekali doakan yang tak baik untuk anak-anak yang begini. Ingat kata-kata mak adalah doa.
Jom kita belajar ilmu psikologi untuk didik anak-anak.
Atau anda boleh amalkan petua dari perkongsian Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz:
Dah puas membebel dan marah, anak tak juga berubah. Ok kepada mak-mak di luar sana, jangan makan hati ye. Jangan sesekali doakan yang tak baik untuk anak-anak yang begini. Ingat kata-kata mak adalah doa.
Jom kita belajar ilmu psikologi untuk didik anak-anak.
1. Nasihat
Mula-mula kita nasihat elok-elok, terangkan mengenai kesalahan yang anak buat. Cakap lembut tapi tegas, jangan jerit atau menengking nanti anak lagi memberontak.2. Rotan kena ada di rumah
Gantung rotan kat tempat yang anak-anak boleh tengok. Bukan bererti kita kaki pukul tapi ini cara psikologi supaya anak-anak rasa gerun untuk melakukan kesalahan.3. Pukul anak pun mesti ada cara
Jangan pukul anak dengan tangan atau anggota tubuh kita kerana anak mungkin akan jadi lebih degil. Cara yang paling terbaik, rotan tapak kaki anak tapi jangan kuat sangat. Niat untuk ajar bukannya menyakiti anak. Bahagian lain jangan pukul ye. Rotan adalah cara terakhir mendidik anak-anak.4. Wajah serius
Bila anak tak dengar kata, sebagai ibu dan ayah kita mesti tunjukkan muka yang serius. Biar anak tahu kita tidak suka perbuatannya.5. ‘Pulaukan’ Anak
Ada anak yang walaupun dirotan, dia masih degil. Untuk anak yang begini, kita ‘pulaukan’ mereka. Jangan cakap dan buat tidak tahu sahaja. Layan anak-anak lain seperti biasa. Anak yang degil pasti akan terasa, secara perlahan-lahan dia yang akan mendekati kita dan minta maaf. Tak percaya? Cubalah mesti korang terkejut dengan reaksi anak.6. Denda
Mak dan ayah boleh denda anak sebagai hukuman kerana tidak mendengar kata. Antara denda yang berkesan, jangan bagi anak-anak ini tengok tv terutama rancangan kegemaran, jangan bagi handphone atau ipad seminggu atau tidak benarkan bermain di taman. Mesti anak serik.7. Kehebatan Al-Fatihah
Untuk anak-anak yang bermasalah, mak boleh cuba tip ini. Ketika membasuh beras, bacakan Al-Fatihah dan berdoa agar anak-anak taat dan menjadi anak yang soleh. Insya-Allah dengan izin-Nya tip ini akan berjaya melembutkan hati anak yang degil.Atau anda boleh amalkan petua dari perkongsian Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz:
- Beli sekampit beras (boleh guna beras yang telah ada dirumah) dan bacakan 70kali surah Al-Fatihah setiap hari. Buat selama 7 hari berturut-turut. Kampit beras yang dibeli tidak perlu dibuka semasa membaca surah Al-fatihah. Jika menggunakan beras yang sedia ada, pastikan beras itu tidak digunakan sehingga selesai 7 hari Al-Fatihah dibacakan. Boleh juga dibacakan surah Al-Fatihah ini kepada beberapa kampit beras dan makanan lain sekali gus.
- Selepas 7 hari, beras ini boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga. Sekiranya beras semakin berkurangan maka boleh diulang kaedah ini secara berterusan.
- Gunting sehelai rambut anak yang degil. Buat solat sunat Hajat dan berdoa minta ALLAH lembutkan hati anak itu. Selepas itu pegang (gengam) rambut anak itu dan baca " Ya Rahim " sebanyak 1000kali. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut.
SZtakaful "Make Your Life Better"
010-9189803
sumber : Mingguan Wanita
SHARE JIKA ANDA RASA BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN
No comments:
Post a Comment